persatuan patologis pertuturan-bahasa, malaysia

Persatuan Patologis Pertuturan-Bahasa, Malaysia (SPEAK) telah ditubuhkan untuk memajukan perkembangan perkhidmatan klinikal, mengemukakan isu-isu profesional, kod etika serta hal-hal berkaitan profesyen terapi pertuturan-bahasa di Malaysia.

baca lebih lanjut

PROGRAM & AKTIVITI


SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana cara untuk saya menyertai persatuan ini?

Kami mengalu-alukan semua terapis pertuturan-bahasa untuk menyertai persatuan ini. Anda boleh mendaftar dengan menggunakan butang di atas. 

Kenapa ada pelbagai jenis ahli? 

Keahlian Persatuan dibahagikan kepada 4 kategori, dengan syarat-syarat seperti berikut:

  • Ahli Biasa -   mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda Sains Pertuturan atau yang setaraf dengannya, warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Ahli Bersekutu - boleh terdiri daripada Patologis Pertuturan-Bahasa yang bukan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Ahli Pelajar - terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Pertuturan, dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
  • Ahli Kehormat - dilantik oleh Persatuan di kalangan mereka yang telah berjasa kepada Persatuan dan masyarakat dalam bidang Patologi Pertuturan dan Bahasa.

Ahli Bersekutu, Ahli Pelajar dan Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi untuk memegang jawatan dalam Persatuan.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan dengan segera kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, mempunyai hak sebagai ahli Persatuan setelah membayar bayaran pendaftaran dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan.

Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Berapa bayaran untuk menyertai persatuan ini?

Setiap pendaftaran ahli baru dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 50.00 untuk Ahli Biasa dan sebanyak RM 5.00 untuk Ahli Pelajar.

Yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

  • Ahli Biasa RM 100.00
  • Ahli Bersekutu RM 300.00
  • Ahli Pelajar RM 20.00
  • Ahli Kehormat tidak dikenakan sebarang bayaran

Ahli Biasa boleh mendaftar untuk menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran sebanyak RM 800.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus) secara sekaligus.

Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 31 hb Mac tiap-tiap tahun.

Ahli yang tidak menjelaskan yurannya selepas 31 hb Mac akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha dan hak-hak keistimewaannya sebagai ahli akan hilang selepas tiga bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli tersebut telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk menetapkan semula yuran pendaftaran sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) dan denda lewat memperbaharui keahlian sebanyak RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh) bagi sesiapa yang telah terlucut keahliannya disebabkan hutang.

Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.

Adakah saya perlu menjadi ahli dahulu sebelum layak menyertai sebarang aktiviti di jalan kan oleh persatuan SPEAK?

Tidak. Tetapi, adalah lagi baik untuk menjadi ahli kerana bayaran (jika ada) yang dikenakan adalah lebih rendah dan anda boleh melihat balik rakaman selepas aktiviti berakhir.

Apakah kelebihan menjadi ahli persatuan SPEAK

Sebagai ahli persatuan, anda layak untuk:

  • Menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak persatuan. Jika aktiviti tersebut memerlukan sebarang bayaran, maka bayaran yang dikenakan adalah lebih rendah. 
  • Melihat kembali rakaman video dan gambar-gambar semasa aktiviti berlangsung**
  • Mengakses premium jurnal dan artikel yang berkaitan dalam bidang pertuturan. Anda juga boleh memuat-turun jurnal dan artikel untuk rujukan peribadi**

** Nota: Kelebihan ini adalah untuk semua jenis ahli kecuali ahli pelajar.

Bagaimana untuk saya berhenti daripada menjadi ahli persatuan? 

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan, melanggar etika profesion atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.

Siapa boleh saya hubungi jika saya ada sebarang masalah untuk menyertai?

Jika anda ada sebarang masalah, sila hubungi kami menggunakan contact form di halaman ini. Pihak kami akan menjawab pertanyaan dan cuba untuk menyelesaikan sebarang masalah dengan kadar segera.

hubungi kami

   Email:

speakwebteam@gmail.com

   Phone:

01x

   ADDRESS: 

NO 27, Jalan SG 2/7, Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.