Setiap pendaftaran ahli baru dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 50.00 untuk Ahli Biasa dan sebanyak RM 5.00 untuk Ahli Pelajar.
Yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
- Ahli Biasa RM 100.00
- Ahli Bersekutu RM 300.00
- Ahli Pelajar RM 20.00
- Ahli Kehormat tidak dikenakan sebarang bayaran
Ahli Biasa boleh mendaftar untuk menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran sebanyak RM 800.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus) secara sekaligus.
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 31 hb Mac tiap-tiap tahun.
Ahli yang tidak menjelaskan yurannya selepas 31 hb Mac akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha dan hak-hak keistimewaannya sebagai ahli akan hilang selepas tiga bulan dari tarikh surat dikeluarkan.
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli tersebut telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk menetapkan semula yuran pendaftaran sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) dan denda lewat memperbaharui keahlian sebanyak RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh) bagi sesiapa yang telah terlucut keahliannya disebabkan hutang.
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.